maya mimpi
ku terbangun dari lena
adakah ini rialiti atau mimpi
maya melangkaui nyata
ohh pelangi
engkau hanya muncul dalam ilusi dan mimpi
jauh nya kau tinggalkan ku
setelah ku pergi ke alam rialiti
kemana
kau pergi
meninggalkan ku
ohhh rialiti
hanyalah maya, kau yang datang mendekati
diri ku ini
aku atau engkau yang menghindar?
atau dunia rialiti yang tak mahu kita saling melengkapi
ku terjaga dari mimpi kau masih ada di sisi
bayangan yang masih tak boleh ku hindari
di manakah alam yang harus ku terus berdiri
rintangan, beban dan arus ku ini
hanya kau pembolehubah kitaran segi
Comments
Post a Comment