bekas tanah bangsa ku (MALAYSIA)
kerana rasa ini
terbinasa aku
di mana tanah bangsa
soal rasa iri hati?
adakah rasa ini murni?
atau aku yang terlalu memendam rasa?
ohh tanah melayu
kini tinggal bangsaku yang mengemis
meminta minta seguni tanah untuk membina pusara
engkau hidup sekadar menunggu kematian
sementara bangsa yang lain hidup menempa sejarah
mengapa perlu perjuangan leluhur
jika hanya menguntungkan teritip yang menumpang
bahtera milik laut teritip berkembang dibalik kayu
panglima berlayar mati dalam betempur
raja mangkat ditimbus harta
Comments
Post a Comment