kekanak gaul

dalam lipatan tinggalan warisan perjuangan leluhur melawan ketidak seimbangan norma penjajahan .terpanggil ku berjalan di pinggiran bandar melaka sekitar tengkera untuk meresap kenangan. melihat pada tinggalan sejarah penghianatan dan perjuangan bangsa (atau mungkin perjuangan dalaman diri sendiri) menentang permasaalahan dalam perbezaan pendapat. disamping itu terlihat anak muda yang sibuk bermain talifon berjuang di alam maya (tiktok,facebook..........dll). mungkin itu perjuangan mereka ? mengimbau kembali di masa lalu. apakah perjuangan ku? ketika di umur 8 ke 13 tahun berjuang dalam kumpulan basikal bcr( belasah coner racing). boleh kah di kira sebuah perjuangan?

  bcr
bermula dari sahabat sekampung bermain basikal. di masa itu , inilah perjuangan kami. berbasikal beramai - ramai berpeleseran ke kota melaka bergaduh dengan clip basikal yang lain (budak semut api,roma,dan lain lain) . itulah segala gala nya dalam hidupku pada masa itu. budak mentah yang belum mengenal kehidupan

  punk dan skinhead
setelah melangkah ke sekolah menengah terdedah dengan gelombang colar biru. golongan yang berada di bawah aras masyarakat. menentang segala yang normal berambut spike talipinggang spike segala nya melanggar geraviti . segala yang normal harus di banteras. aku dan yang seumpama sahaja yang benar

  berjinak dengan permotoran
kembali semula ke arena dua roda. belajar mengenal sebahagian kehidupan yang sebenar . disini ku mengenal sahabat, rakan kawan dan musuh ( kekasih dan cinta beruk) 
  
 alam pekerjaan 
berkerja di kedai makan disamping meniaga makanan kecil kecilan. di masa ini baru ingin mengenal dunia sebenar. segala nya kelihatan boleh di capai tetapi hakikat nya , tidak mudah untuk memudah sesuatu pekerjaan. berkerja sebagai kuli bangunan dan kebun , disini bermula perkenalan dengan orang warga asing. sengala nya lancar walau kehidupan tidak lah sehebat orang kebanyakan. dan pelbagai lagi pekerjaan colar biru(wireman ,welder, foreman dll)

apakah perjuangan di sisi mu?

Comments

Popular Posts