KAMPUNG ULU DUYUNG SEJARAH YANG HILANG (PENUBUHAN SEKOLAH MODEN PERTAMA)
sekolah rendah kebangsaan seri bemban , mungkin semua sedia maklum keberadaan sekolah ini di atas bukit di atas pekan bemban. apakah perkaitan antara kampung ulu duyung dengan sekolah ini ? tidak semua tahu bagai mana penubuhan , nama asal dan siapa kah yang bertanggungjawab di sebalik penubuhan sekolah ini.dan di sini bermulalah sistem pendidikan moden untuk warga kampung ulu duyung dan sekitar.
Mukim Ayer Panas telah diterokai oleh lima orang sahabat. Masing-masing bergelar Tok Simpang yang dimakamkan di Kampung Asam Kumbang, Tok Majid , dimakamkan di Kampung Ulu Duyung, Tok Panglima Hitam dan Tok Pulau dimakamkan di Kampung Ayer Panas dan Tok Segading dimakamkan di Kampung Lubok Kasar. Mereka berasal dari Tanah Palembang dan sampai ke mukim ini pada penghujung tahun masihi 1800.
ILMU ITU SULUH HIDUP”. Menyedari hakikat sepotong ayat ini maka kata sepakat telah dibuat oleh sekumpulan penduduk kampung terpencil lebih dari setengah abad yang lalu untuk mendapatkan sebuah institusi khusus tempat anak-anak mereka belajar.
Mukim Ayer Panas telah diterokai oleh lima orang sahabat. Masing-masing bergelar Tok Simpang yang dimakamkan di Kampung Asam Kumbang, Tok Majid , dimakamkan di Kampung Ulu Duyung, Tok Panglima Hitam dan Tok Pulau dimakamkan di Kampung Ayer Panas dan Tok Segading dimakamkan di Kampung Lubok Kasar. Mereka berasal dari Tanah Palembang dan sampai ke mukim ini pada penghujung tahun masihi 1800.
Pada tahun 1924 dengan kesedaran yang mendatang dan muafakat penduduk kampung, sebuah pondok telah didirikan di Kampung Ulu Duyung sebagai sekolah. Tapak bangunan ini telah diwakafkan oleh seorang penduduk kampung. Luas bangunan yang telah didirikan lebih kurang 12 m kali 6 meter.
Sekolah ini didirikan dengan cara bergotong –royong. Murid-murid menerima pelajaran sambil duduk bersila. Bahan-bahan tempatan seperti kayu hutan, buluh dan daun rumbia sebagai atap telah digunakan.Tiada nama khusus untuk sekolah ini. Tokoh terpenting yang mengasaskan sekolah ini ialah Datuk Penghulu Haji Yusof bin Aman.
Pada peringkat awal seramai 40 orang murid telah di tempatkan di sekolah ini. Kesemua murid-murid adalah lelaki.
Matapelajaran yang diajar ialah Bahasa Melayu yang terbahagi kepada tiga aspek iaitu Bacaan, Ejaan dan Tulisan (Jawi dan Rumi), Kira-kira, Tawarih, Ilmu Alam, Kesihatan, Senaman, Agama Islam dan anyaman serta kerjatangan.
Guru yang pertama bertugas ialah Allahyarham Cikgu Md Din bin Hj Joned. Beliau mendapat didikan dari Maktab Perguruan Sultan Idris(sekarang dikenali sebagai UPSI) Tanjung Malim Perak.Tanggungjawab seorang guru amatlah berat pada masa itu. Bertugas bersendirian dan terpaksa bertindak sebagai pentadbir (Guru Besar) dan guru bagi semua matapelajaran. Segala hal berhubung dengan sekolah terpikul dibahunya.
Pada tahun 1926, seramai enam orang murid perempuan mula belajar di sekolah ini. Murid yang cerdik telah naik ke darjah dua dan tiga. Darjah tiga merupakan darjah tertinggi. Untuk mengatasi kekurangan tenaga pengajar, murid-murid yang cerdik telah dipilih untuk membantu tugas guru.
Pakaian murid lelaki pada masa itu ialah biru dan seluar hitam. Murid perempuan pula memakai baju kurung. Tiada had umur yang ditetapkan bagi murid yang mahu bersekolah. Sekolah permulaan ini telah berkekalan sehingga tahun 1932.
Pada 2.3.1932 sebuah sekolah baru yang lebih selesa telah didirikan. Sekolah ini letaknya lebih kurang satu kilometer dari bangunan lama. Tapak sekolah yang lama tidak dapat digunakan lagi kerana terlalu kecil dan tidak sesuai dengan bangunan baru. Luas kawasan yang baru ini hampir setengah hektor. Ianya dibina di atas tanah kerajaan. Ianya juga mendapat bantuan penuh dari kerajaan.
Bangunan ini berbentuk ‘I’ dan dua tingkat. Tidak ada sekatan bilik darjah. Bilik darjah hanya disekat dengan papan adang-adang. Sekolah ini pada permulaannya dikenali sebagai Sekolah Melayu Ayer Panas kemudian ditukar menjadi Sekolah Umum Ayer Panas dan bertukar lagi kepada Sekolah Kebangsaan Ayer Panas. sehingga kini (tahun2020) bertukar kepada Sekolah Kebangsaan Seri Bemban
Comments
Post a Comment