Kampung Ulu Duyung sejarah yang hilang ( perpindahan kampung baru)
kampung ulu duyung yang sekarang(tahun2020) adalah sebahagian dari pada kampung baru yang berpindah ke seberang sungai bermula dari pada tahun 1890 hingga tahun 1960. dibalik perpindahan kampung dari kawasan gapam atau seberang sungai ke seberang sungai yang kini termasuk kedalam kawasan bemban atau air panas sekarang, persolan timbul kini mengapakah perpindahan besar besaran ini berlaku? apakah punca penghijrahan ? campur tangan inggeris atau jepun? atau oleh di sebab kan campur tangan mistik ( dalam kalangan orang melayu di gelar orang atas atau bunian) ?
mengikut gambar garisan merah adalah sebahagian kawasan penempatan kampung lama ulu duyung. di dalam garisan biru adalah kawasan penempatan kampung baru Ulu Duyung sehingga sekarang
sebelum tahun 1890 hanya masjid dan kebun sahaja yang berada di kawasan penempatan kampung baru. masjid yang sekarang masih di gunakan adalah masjid baharu yang telah dibina pada tahun 1940 sumbangan dari orang ramai setelah ramai berpindah ke kampung baru.
dalam bulatan merah adalah masjid sekarang(1940-2020) ,dan bulatan biru tapak masjid lama (tidak diketahui pembinaannya -1938)
terdapat pelbagai variasi cerita dari orang lama tentang punca perpindahan kampung ulu duyung
1) variasi pertama pendudukan ( jepun ke tanah melayu)
dalam variasi ini terdapat cerita semasa pendudukan jepun di malaya penghuly pada masa masa itu memindah kan orang kampung supaya selamat di satu kawasan . ini untuk membeza kan orang melayu dengan kaum yang lain
2)variasi kedua (wabak penyakit)
dalam variasi ini mungkin ada benar nya , pada tahun 1900 wabak penyakit spanishflu telah melanda seluruh dunia eropah dan sebahagian asia . ini dapat di sokong oleh kemangkatan sultan Perak pada ketika itu yang di kait kan oleh wabak ini. menerusi perpindahan ini keluarga yang sihat tanpa sebarang sakit telah di pindahkan ke kampung baru
3)variasi ketiga( kezaliman komunis)
selepas penyerahan jepun di tanah melayu , british kembali menjajah malaya dan bermula lah era kebangkitan nasiolisma di kalangan pejuang kemerdekaan baik di sebelah haluan kiri dan kanan. di sebelah haluan kiri pihak komunis bersenjata telah membunuh sebahagian yang di syaki membantu jepun ketika kedatangannya ke malaya. ramai orang kampung yang hilang dan dibunuh dengan kejam. oleh itu penghulu telah menempat kan penduduk di satu kawasan yang boleh di kawal. variasi ini ada persamaan dengan variasi yang pertama
4)variasi keempat (pergaduhan dan sumpahan keluarga)
dalam variasi ini tedapat cerita tentang perselisihan paham dalam kalangan keluarga besar tentang pemilihan pengganti penghulu yang telah meninggal. perbalahan ini berlarutan sehingga ter jadi sumpahan yang mana isi nya adalah. sesiapa yang mendiami tanah kampung lama ini ada menemui ajal jika telah cukup umur bujang ia itu selepas umur 17 hingga 30 tahun dan akan menemui ajal sebelum sempat berumah tangga
di dalam semua variasi cerita ini hanya lah sekadar cerita daripada orang - orang tua yang di turunkan dari ayah nya. kesahihan cerita tidak dapat di pasti kan kebenaran nya. kerana kita masih belum menemui dunia pada masa itu jadi tidak lah dapat kita putus kan cerita yang sebenar nya. namun mungkin ada cerita dalam variasi yang lain yang belum kita ketahui.
kampung ulu duyung yang sebenarnya tersimpan pelbagai sejarah yang mungkin kita belum ketahui .
ini hanyalah sebahagian dari ceritanya saya dapat kan daripada orang orang tua yang sempat saya tanya kan. bagaimana pun mungkin anda ada cerita sendiri dibalik punca perpindahan kampung ulu duyung ini. boleh lah ceritakan di colum coment
ReplyDelete