bayangan mu
ku menjelajah ke utara
demi menghapus warna
dan
meninggalkan segala jejak mu diselatan
pelbagai jalan telah kulalui
beratus ruangan telah ku diami
adat dan keturunan
perlembagaan dah darjat
dalam kesesakan emosi
ku hirup udara asing disini
melapang dada namu tak menenangkan
pabila bau mu tidak dapat ku hindari
dalam haruman itu terbelengu aku
menatap dinding dinding kosong ini
mengapa potret mu masih berwarna
Comments
Post a Comment